Sunday, 9 August 2015

Resipi masakan: Spagetti bolognese versi my MIL

Bismillah..

Sebelum berkenalan dengan suami, saya memang suka spagetti bolognese meat ball pizza hut. 

Tapi bila sudah berkenalan, berkahwin dan selalu tengok ibu mertua masak, saya prefer my MIL's version of spagetti bolognese. Rasa tomato yang masam2 lemak, not too spicy dan bahan2 yang mudah. 

Here is the recipe:
(Cadangan hidangan untuk 4-6 orang)
Bahan-bahan:

Spagetti mee (saya prefer angel hair. Halus sedikit)
2 tin peeled whole tomato (penyek2 kan)
1 tin sos tradisional bolognese Preggo
1 biji tomato (dipotong dadu)
1 biji carrot (sederhana besar, dipotong dadu kecil/ hiris halus)
1 paket daging cincang 
2 buku bawang putih (dihiris halus)
2 keping cheddar cheese
Cendawan butang (dipotong dadu/ hiris)
Garam secukup rasa
Jus Lemon secukup rasa

Cara-cara:
Rebus mee spagetti dalam air mendidih, tambahkan sedikit garam. Bila mee sudah masak, toskan dan boleh gaulkan sedikit minyak zaitun. 

Kuah:
1. Tumis bawang putih sehingga agak2 kekuningan.
2. Masukkan hirisan carrot, daging cincang. Teruskan menunis sampai dagig empuk. Warna daging akan bertukar dari merah2 kepada coklat.
3. Masukkan whole peeled tomatoes, dan tomato yang telah dipotong dadu tadi. Biarkan seketika kuah mendidih dan menjadi pekat. 
4.  Masukkan cendawan butang. Kuantiti cendawan ni terpulang pada anda. Kalau banyak sangat kuat pula rasa cendawan. 
5. Masukkan cheese. Koyak2 kan boleh..nak masukkan semua dua keping pun boleh. Sebab nanti dia kan cair dalam masakan tadi. Hehe
6. Biarkan semua rasa sebati dalam 2-3 minit. Tambahkan perasa (garan, lemon, gula) ikut kesesuaian dan kesukaan.

Kalau nak rasa pedas2, boleh tambahkan serbuk black pepper. Nak rasa manis2, boleh tambah carrot atau bawang holland yang dipotong dadu.  

Enak dimakan bersama serbuk black pepper, oregano, mixed herbs. Yang ni pun ikut preference anda.

Ok done! Selamat mencuba! Oh ya..duration untuk siap masakan ni dalam  20-30mins. 

Tips masakan: Cempedak/pisang goreng yang rangup!

Bismillah..

Lets make it short and easy. Haha

Ni tips atau resipi untuk membuatkan adunan tepung menggoreng pisang atau cempedak atau keladi atau sukun atau keledek atau pape lah yang korang mahu goreng, menjadi rangup crispy! 

Bahan2:
*Tepung gandum
*Tepung beras
2 sudu besar Marjerin 
Garam secukup rasa
Secubit serbuk bikarbonat
Air secukupnya

(*) ratio tepung gandum: tepung beras= 1:2. Means kalau secawan tepung gandum, dua cawan tepung beras lah.


Bancuhan tepung agak2 semi pekat.  Jgn terlalu cair atau terlalu pekat. Ok, selamat mencuba!

Thursday, 1 January 2015

Selamat datang 2015

Bismillah..

Hello 2015. Dapat juga luangkan masa untuk menghadap blog yang kian menyepi ni. 

2014 penuh memori. Semestinya paling manis adalah kehadiran puteri tercinta kami suami isteri, Aisyah Humaira. Hidup kami suami isteri berubah dan kami belajar erti sabar dan tanggungjawab dengan seorang guru yang amat kecil usianya tapi ajarannya fuhh superb! Alhamdulillah we made it so far. 
Palitan pahit, ada.. Tapi simpan dalam peti sajalah. Hehe

Dah lama tak ada azam tahun baru. Dan rasanya tak pernah post or announce to public azam tahun baru. Sebab malu kot? Kalau xdpt achieve. Heheh. 
Maka tahun ini, dengan beraninya dan bangganya ingin buat dan post it here..

1. Mahu jadi suri rumah sepenuh masa. Mahu jadi ibu-at-home. Mahu sangat2. Allah mudahkan lah..
2. Mahu minimakan online shopping. Maxima tiga bulan sekali saja. Demi kesejahteraan belanjawan hasil dari azam nombor 1 tadi. Hehe
3. Mahu masak during weekdays. Err sekarang mmg tak sempat. Balik rumah paling awal tiba jam 7. Mandi anak susu dan tidurkan..memang masa dan tenaga tidak dijodohkan bersama dapur pada hari bekerja. 
4. Mahu ada simpanan lima angka dalam tabung haji. Ya, sekarang tak lima angka sebab asyik korek je..huhh
5. Tahu menjahit jubah by the end of 2015.
6. Rajinkan buat kuih muih. Semoga boleh win hati suami dan ahli keluarga 😊
7. Ada satu business persendirian. 

Cukuplah disitu saja. InsyaAllah. Semua nya sebenarnya banyak berkaitan dgn azam nombor 1 tu. Moga Allah mudahkan..rezeki Allah yang bagi kan?

Oh ada lagi satu. Mahu meriahkan semula mood blogging. 

Bismillah..rabbi yassir wala tuassir..