Thursday, 1 January 2015

Selamat datang 2015

Bismillah..

Hello 2015. Dapat juga luangkan masa untuk menghadap blog yang kian menyepi ni. 

2014 penuh memori. Semestinya paling manis adalah kehadiran puteri tercinta kami suami isteri, Aisyah Humaira. Hidup kami suami isteri berubah dan kami belajar erti sabar dan tanggungjawab dengan seorang guru yang amat kecil usianya tapi ajarannya fuhh superb! Alhamdulillah we made it so far. 
Palitan pahit, ada.. Tapi simpan dalam peti sajalah. Hehe

Dah lama tak ada azam tahun baru. Dan rasanya tak pernah post or announce to public azam tahun baru. Sebab malu kot? Kalau xdpt achieve. Heheh. 
Maka tahun ini, dengan beraninya dan bangganya ingin buat dan post it here..

1. Mahu jadi suri rumah sepenuh masa. Mahu jadi ibu-at-home. Mahu sangat2. Allah mudahkan lah..
2. Mahu minimakan online shopping. Maxima tiga bulan sekali saja. Demi kesejahteraan belanjawan hasil dari azam nombor 1 tadi. Hehe
3. Mahu masak during weekdays. Err sekarang mmg tak sempat. Balik rumah paling awal tiba jam 7. Mandi anak susu dan tidurkan..memang masa dan tenaga tidak dijodohkan bersama dapur pada hari bekerja. 
4. Mahu ada simpanan lima angka dalam tabung haji. Ya, sekarang tak lima angka sebab asyik korek je..huhh
5. Tahu menjahit jubah by the end of 2015.
6. Rajinkan buat kuih muih. Semoga boleh win hati suami dan ahli keluarga 😊
7. Ada satu business persendirian. 

Cukuplah disitu saja. InsyaAllah. Semua nya sebenarnya banyak berkaitan dgn azam nombor 1 tu. Moga Allah mudahkan..rezeki Allah yang bagi kan?

Oh ada lagi satu. Mahu meriahkan semula mood blogging. 

Bismillah..rabbi yassir wala tuassir..