lebih setahun aku hidup di kota raya kuala lumpur.
setahun saja tapi sungguh byk yg aku pelajari
tentang kerjaya, tentang hidup, tentang manusia, tentang perasaan, tentang keluarga
banyak ketawa, banyak juga menangis
benar, apa jua yg kita rancang,
di akhirnya, ketentuan Tuhan saja yang lebih tepat dan hanya itu yang akan terjadi
aku belajar
apa jua yang mereka lakukan pada aku,
tak patut aku balas dengan perbuatan dan kata-kata yang sama
hubungan dengan Tuhan lebih utama perlu aku jaga,
banyak kali juga aku abaikan dan aku lalaikan
aku wajib percaya, baik aku padaNya,
limpahan kasih sayang seluruh dunia Dia curahkan buat aku
aku juga pelajari
tentang maruah dan harga diri
kesabaran yang tinggi aku perlu pertahankan
walau apa jua cara maruah dan harga diri dicabar dan dibolak balikkan
tiada guna aku mencurah air pada daun keladi
tiada guna aku mencurah minyak ke atas api
hanya akan membakar aku, dan melenyapkan semua impian
dahulu,
aku kuat berpegang pada prinsip dan pegangan
namun, akibat kelalaian hidup,
aku longgarkan pegangan aku
mungkin sudah tiba masa aku pulang ke pangkal jalan
dan berpegang teguh pada pendirian
bahawa aku tetap milik ibu bapaku selagi aku belum diakadkan.
telah banyak hati yang aku sedihkan dan aku lukakan
kesan daripada kelonggaran pendirian aku sendiri
aku belajar
aku perlu menahan diri daripada melontarkan kata-kata kasar
bertiangkan emosi dan marah
kerana syaitan menemani aku waktu itu dengan penuh rasa bahagia
dan mereka telah berjanji
akan sentiasa berusaha menghancurkan dan menghanyutkan anak adam
siapa pun aku,
siapa pun engkau,
marilah kita sama-sama mengambil iktibar
atas setiap apa yang berlaku
cinta itu milik Tuhan
dengan izinNya Dia titipkan rasa cinta,
dengan izinNya juga dilenyapkan rasa cinta,
hanya pegangan agama saja yang bole menahan diri daripada melakukan perkara yang merugikan
aku, engkau, dia, mereka,
kena sama-sama pulang ke pangkal jalan
dan belajar kembali
apa yang telah kita lupa dan abaikan.
No comments:
Post a Comment